Pages

kelip2


bintang


karangan budak darjah 4 punya..B-)

kemalangan ngeri yg pernah awak saksikan.
( soalan peperiksaan darjah 4 )

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu
beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan
air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam
batang paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana
tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke
pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas
emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu
letaknya 128 kilometer dari rumah.
Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena
meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak
saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit ‘Adoi!’.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun
turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.
Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan
melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu
terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan
memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori
dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat kemalangan.
Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri
itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta
maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.
Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan
mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori
itu menjerit ‘Adoi..!’ dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu
dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa
Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap
orang putih.
Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.
Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.
Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang
telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia
menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.
Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu
semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat
sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya
mati.

No comments:

Post a Comment